untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

froggy the frog

serius aku rasa sangat sayang design topi nih, sebab dia sangat cute dan comel...bukan nak angkat bakul akan hasil kaitan sendiri, tapi dah memang sebab karakter katak tu sendiri yang comel...

topi katak ini hanya rm20 sahaja

teringat aku pada roomate aku masa zaman belajar dulu...sangat gilakan katak dan mana2 objek hiasan seperti katak...pernah dia request nak suh aku buatkan sekor katak untuk dia, tapi aku buat2 tak dengar je...adoila...rindu plak kat dia...masa buat topi nih, muka dia la yang aku duk terbayang...

topi katak ni plak, aku rasa bukan kanak2 je yang sesuai, orang tua yang tak kesah nak pakainya pun boleh jugak...janji muat di kepala la...

seperti biasa, berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan insyaallah, akan aku balas email anda dengan penuh kasih sayang kadar yang segera

notakaki : nanti boleh buat untuk keluarga, pakai ramai2...wah...mesti meriah...wakakaka

No comments:

Related Posts with Thumbnails